Sejarah SLI - SLI

S.L.I
SISTEM LATIHAN INDUSTRI
UNTUK
INDUSTRI/ORGANISASI  
&
CALON PELATIH INDUSTRI/PELAJAR
Sistem Latihan Industri
Practical Training System
Sistem Latihan Industri
Go to content

Sejarah S.L.I

Dizahirkan melalui laman sesawan sekitar tahun 2014 apabila pihak kami mendapati kesukaran para pelajar untuk mencari penempatan yang sesuai untuk menjalani Latihan Industri.  Kebanyakan pusat pengajian masing-masing mempunyai senaraian industri yang terhad.  Secara langsung, pelajar perlu mencari sendiri dan tambah menyukarkan jika melibatkan lokasi di luar zon pengajian mereka.

Manakala, di pihak industri pula, mereka tidak tahu bagaimana cara untuk menghubungi pihak Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) sedangkan mereka menyediakan peluang di organisasi masing-masing.

Menyedari masalah yang dihadapi kedua-dua pihak, pihak SLI mengambil inisiatif membantu mengurangkan kesukaran yang masing-masing hadapi.

Meskipun telah wujud beberapa portal seumpama ini, namun diharapkan kehadiran portal S.L.I memberi lebih ruang kepada kedua-dua pihak mendapatkan info.

Harapan kami agar portal ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada para pelajar khususnya dan industri amnya.



Anda berminat untuk melibatkan diri dalam projek S.L.i Versi seterusnya ?  Hubungi kami di hello [at] latihanindustri.com.my
Back to content