Faedah - SLI

S.L.I
SISTEM LATIHAN INDUSTRI
UNTUK
INDUSTRI/ORGANISASI  
&
CALON PELATIH INDUSTRI/PELAJAR
Sistem Latihan Industri
Practical Training System
Sistem Latihan Industri
Go to content
Info

Faedah

Faedah atau Kepentingan kepada syarikat / industri / organisasi

Banyak organisasi / industri yang menyediakan peluang kepada para pelajar bagi menjalani Latihan Industri di organisasi masing-masing.  Namun, pihak organisasi / industri menghadapi kesukaran untuk mewawarkan maklumat kekosongan kepada para pelajar.

Justeru itu, pihak kami menyediakan satu platform bagi memudahkan pihak organisasi / industri mewawarkan sebarang kekosongan atau peluang untuk pelajar menjalankan Latihan Industri sebagaimana keperluan pengajian mereka.

Pihak organisasi / industri dapat melihat senarai calon yang berdaftar untuk menjalani latihan industri.

Jika pihak organisasi / industri memerlukan sebarang penjelasan lanjut, sila isikan borang maklumbalas yang disediakan.

Hanya organisasi / industri berdaftar sahaja yang dapat akses maklumat pelajar yang memerlukan penempatan untuk latihan industri termasuk kursus yang relevan dengan apa yang ditawarkan pihak industri.

Yuran pendaftaran bagi organisasi adalah RM50/tahun (pengecualian bagi organisasi yang telah berdaftar sebelum 9/9/2018.

Faedah atau Kepentingan kepada pelajar

Ramai pelajar menghadapi kesukaran bagi mendapatkan tempat untuk menjalani Latihan Industri.  Ini termasuklah bilangan tempat yang terhad, keserasian bidang yang diambil dan yang paling utama adalah pemilihan lokasi  yang agak terhad.

Justeru itu, pihak kami menyediakan satu platform yang dapat membantu memudahkan para pelajar mencari dan memilih organisasi / industri yang bersesuaian dengan bidang pengajian dan sekaligus memberi lebih ruang dan peluang kepada pelajar dalam membuat pilihan.  Dengan yang demikian, dapat memudahkan proses pencarian tempat untuk menjalani Latihan Industri kelak.

Pelajar dapar melihat senarai industri yang memerlukan pelatih setelah mendaftar.

Jika para pelajar memerlukan sebarang penjelasan lanjut, sila isikan borang maklumbalas yang disediakan.

Pelajar yang berdaftar akan dapat maklumat latihan industri termasuk syarikat serta bidang yang ditawarkan.

Yuran pendaftaran bagi pelajar buat masa ini masih lagi PERCUMA.

Maklumat berkaitan Tips Latihan Industri boleh diperolehi melalui Facebook di URL berikut;
https://www.facebook.com/latihanindustrimalaysia



Back to content